Sunday, 12 June 2011

sElAmAt HaRi BaPa AbAh..

A Dad is a person
who is loving and kind,
And often he knows
what you have on your mind.
He's someone who listens,
suggests, and defends.
A dad can be one
of your very best friends!
He's proud of your triumphs,
but when things go wrong,
A dad can be patient
and helpful and strong
In all that you do,
a dad's love plays a part.
There's always a place for him
deep in your heart.
And each year that passes,
you're even more glad,
More grateful and proud
just to call him your dad!
Thank you, Dad...
for listening and caring,
for giving and sharing,
but, especially, for just being you!

HAPPY FATHERS DAY!!


dedicated to my beloved dady mohd hadzir tamam,and to all dad in the world..
=)


Terima kasih kerana sudi membaca.kalau suka hadiahkan se'klik' =]

sElAmAt HaRi IbU mAmA..

mama

Aku lahir tanpa apa-apa,
Engkaulah yang mengajariku segalanya,
Membesarkanku dengan segala upaya,
Berharap aku kan jadi orang yang berguna..


Ketika aku menangis dalam takut,
Engkaulah yang menenangkanku..
Dan ketika aku jatuh sakit,
Engkaulah yang selalu berada di sampingku..


Engkau menegurku ketika aku salah,
Engkau mengingatkanku ketika aku lupa,
Engkau menghiburku ketika aku sedih,
Engkaulah yang menyembuhkanku ketika aku terluka..


Kini aku telah dewasa,
Berusaha mengejar dan meraih cita-cita,
Berharap kan menjadi orang yang berguna,
Demi mewujudkan harapan dan impian keluarga..


Terima kasih mama,
Engkaulah segalanya bagiku,
Tanpamu kini aku bukanlah apa-apa,
Kasihmu padaku tak kan terbalas sepanjang masa...


happy mother day!!
dedicated to my beloved mum sitizaleha binti md nor and to all mum in the world
"along sayang mama along yang garang ni... =) "


Terima kasih kerana sudi membaca.kalau suka hadiahkan se'klik' =]

PeNgOrBaNaN sEoRaNg IbU..


"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah
comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.


Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.


Masa terus berlalu...


Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.


Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak
tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang
sanggup berkorban.


Setahun berlalu...


"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.


Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.


"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali."Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."
"Bila?" tanya si anak.


"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.


Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi
keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.


Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.


"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."


Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.


Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'.

Terima kasih kerana sudi membaca.kalau suka hadiahkan se'klik' =]

PeRaSSaN AkU SeTiAp KaLi FiNaL eXeM...

Selesai sudah pengajian aku untuk semester kali ini.  Semester ini aku praktikal, semester depan ada lagi. Yang pasti semua akan berulang-ulang macam putaran roda. Pergi kelas, buat assignment, ambil kuiz, ambil test, midterm, cuti then ulang balik sampailah aku disahkan menghidapi sindrom ketumpatan IQ yang tinggi.



Awal-awal sem memang bersemangat. Tapi selalunya semangat bertukar menjadi hangat-hangat taik Azam sahaja.


Aktiviti yang boleh dilakukan diwaktu malam selain daripada bermain game dan menonton movie bersama kawan-kawan tercinta adalah membuat assignment.


Bila berjaya menyiapkan assigment pada waktu yang ditetapkan perasaan ini sukar untuk digambarkan. Rasa macam baru lepas buang air kecil je. hahaha


Tapi kedamaian yang dikecapi tidaklah berpanjangan. Korang ingat siap assignment dah boleh bungkus kain baju pergi bercuti ke Phuket , Thailand ke? Aku kena menghadapi kuiz, test, midterm. Itu penting kot sebab itu menyumbang kepada markah tambahan bagi mengekalkan pointer aku atas ehem ehem. Tapi serius semua tu buat aku rasa tak aman je. Ada je benda nak di hafal.


Lepas dah habis kesemua ujian tu kena melalui Final Exam. Yeaaah, semua student kecut perut bila nak mengharungi perkara ini. Tapi kalau pada aku memang menimbulkan 1001 perasaan yang menyakitkan psychology aku. Kadang-kadang boleh buat aku sampai demam korang tahu tak.


Perkara ni memang ramai student buat. Study last minute. Aku mengaku bahawa aku pun tak terlepas dari perkara macam ini. Waktu inilah baru ciri-ciri perwatakan seorang student mithali dapat diperlihatkan. Atas tilam dan meja penuh dengan buku-buku ilmiah. Padahal esok dah nak exam ni malam ni baru sibuk nak membaca dan menghafal.  Lepas tu mula terbit keinsafan dalam diri “Kalaulah aku belajar betul-betul masa tu kan bagus”. Sehinggakan 5 minit lagi sebelum nak masuk dewan peperiksaan pun still mulut berkumat kamit menghafal segala apa yang diperlukan.


Orang kata kalau tak ambil Final Exam tak boleh bercuti. Dia kira sama macam pepatah “Siapa tak puasa tak boleh beraya”. Setelah penat lelah usaha bertungkus lumus belajar siang malam akhirnya dapat juga bercuti. Berehat bersama keluarga tersayang. Bab ni student paling suka sangat. Ada yang habis je exam terus balik tak reti nak menyabo. Balik kampung nak cepat, balik poli tahu pula liat sampai ada yang mengaku lupa ingatan,termasuk lah aku.


Dah habis cuti kenalah balik semula ke poli. Aku tahu lecturer-lecturer memang sentiasa merindui untuk memberi tekanan kepada aku. Saat-saat cuti nak berakhir tu mula terbayang result final exam sem lepas. Apalah result yang bakal diterima. Adakah resultnya memuaskan atau mendapat result yang berstatus agak menakutkan. Serius, aku memang selalu terfikir macam tu sampai tyme cuti pun aku rasa tak senang duduk. Yelah, orang kata jangan over confident sangat. Lagipun aku bukanlah dalam kategori pelajar yang rajin. Aku cuma kurang rajin sikit je sebab tu aku takut nak menghadapi saat melihat result exam.

 

Waktu inilah untuk melihat keputusan sendiri dan menstalker keputusan para sahabat yang lain. Selalunya keputusan aku memang diluar jangkaan sehinggakan aku sendiri kadang-kadang rasa tak percaya. Lepas tu kena inform parents pasal keputusan yang tak seberapa. Huuu, saat nak inform tu tu rasa memang gementar takut ada aktiviti al-Kuliyah daripada parents aku. Sadis betul..


Lepas dapat keputusan tak kira baik atau buruk pasti mahu pasang semangat baru. Yelah, cahaya nur keinsafan mula menyelubungi diri. Aku mahu menjadi lebih baik dari ini. Aku mahu naikkan dan perbaiki pointer aku. Yeaah, that’s right. Kalau Malaysia Boleh sudah tentu aku pun boleh . Aku nak study rajin-rajin supaya jadi pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang. insyallah..Chaiyook!!! "Di mana ada kemahuan pasti ada jalan" nak buat macam mana aku kenalah study untuk menjadi orang yang berguna pada masa depan..amin =)


Terima kasih kerana sudi membaca.kalau suka hadiahkan se'klik' =]

Saturday, 11 June 2011

RaPuH....


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


Terima kasih kerana sudi membaca.kalau suka hadiahkan se'klik' =]

KeNaPa SaYa RaSa TeNaNg MeLiHaT AwAn ???


Awan senantiasa memberikan warna dan kesan tersendiri dalam setiap riaknya. Gerakannya, bentuknya menggambarkan betapa luasnya angkasa raya dan membuat jiwa ini bergetar menatapnya. Betapa dahsyat pencipta-Nya. Aku amat tertarik dengan keindahan Allah, di alam fana ini. Begitu indah ciptaannya
di muka bumi ini. Penuh dengan maksud-maksud tertentu. Dengan warna-warni yang
nyaman dan indah, begitu menenteramkan jiwa dan sanubari ku. Subahanallah, aku akui
engkau maha besar dan maha bijaksana. Di kala aku kesepian,kesunyian,kesempitan dan mempunyai masalah, Aku lebih suka melihat kehijauan alam ciptaannya, langit dan awan yang biru, pokok-pokok dan gunung-ganang ciptaannya. Subahanallah ciptaan mu ya Allah sungguh besar dan bermakna
pada ku. Sehinggakan aku jatuh cinta pada ciptaannya. Tatkala melihat awan yang membiru aku terfikir,adakah aku bersyukur dengan kurniaannya, kadang-kadang aku alpa,aku tidak sedar bahawa aku banyak melakukan kesalahan padanya. seringkali aku bermohon agar kau ampunilah dosaku ku ya allah,hanya padamu tempat ku memohon dan meminta pertolongan. Tatkala memandang awan biru juga aku seringkali terkenangkan akan dosa-dosa ku. Ya allah kau berikanlah padaku hati yang damai dan tenang setenang awan biru, agar dapat sentiasa aku menyedari akan khilafku kepadamu, amin ya rabbal alamin..


Terima kasih kerana sudi membaca.kalau suka hadiahkan se'klik' =]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...