Saturday 11 June 2011

KeNaPa SaYa RaSa TeNaNg MeLiHaT AwAn ???


Awan senantiasa memberikan warna dan kesan tersendiri dalam setiap riaknya. Gerakannya, bentuknya menggambarkan betapa luasnya angkasa raya dan membuat jiwa ini bergetar menatapnya. Betapa dahsyat pencipta-Nya. Aku amat tertarik dengan keindahan Allah, di alam fana ini. Begitu indah ciptaannya
di muka bumi ini. Penuh dengan maksud-maksud tertentu. Dengan warna-warni yang
nyaman dan indah, begitu menenteramkan jiwa dan sanubari ku. Subahanallah, aku akui
engkau maha besar dan maha bijaksana. Di kala aku kesepian,kesunyian,kesempitan dan mempunyai masalah, Aku lebih suka melihat kehijauan alam ciptaannya, langit dan awan yang biru, pokok-pokok dan gunung-ganang ciptaannya. Subahanallah ciptaan mu ya Allah sungguh besar dan bermakna
pada ku. Sehinggakan aku jatuh cinta pada ciptaannya. Tatkala melihat awan yang membiru aku terfikir,adakah aku bersyukur dengan kurniaannya, kadang-kadang aku alpa,aku tidak sedar bahawa aku banyak melakukan kesalahan padanya. seringkali aku bermohon agar kau ampunilah dosaku ku ya allah,hanya padamu tempat ku memohon dan meminta pertolongan. Tatkala memandang awan biru juga aku seringkali terkenangkan akan dosa-dosa ku. Ya allah kau berikanlah padaku hati yang damai dan tenang setenang awan biru, agar dapat sentiasa aku menyedari akan khilafku kepadamu, amin ya rabbal alamin..


Terima kasih kerana sudi membaca.kalau suka hadiahkan se'klik' =]

1 comment:

  1. APA BEZA ZIKIR JAHAR DAN ZIKIR KHOFI..??

    A. ZIKIR JAHAR - LAA ILAA HA ILALLAH

    1. Rasulullah SAW telah memaklumkan ucapan lidah paling afdhal itu adalah zikir Laa ilaa ha illallah. Ia juga disebut kalima Toyyiba atau kalima Talil. Disebut talil kerana ia boleh diguna untuk menebus azab bagi ruh/orang yang telah mati (lazim disebut "Tunggu Kubur", jika simati disahkan bukan ahli bayangan arasy/tiada awan redup masa masuk kubur).

    2. Ia juga kalimah afdhal dilafaz sewaktu lepas solat secara berjemaah di mana Nabi dan para sahabat berbuat demikian sengaja dengan suara yang kuat/nyaring.

    3. Namun ia bukan boleh dilafaz pada semua masa sama ada bersendiri atau berjemaah. Contohnya jika berada dalam rumah iblis (tandas, bilik air/tempat buang najis dll), maka mutlak haram dilafaz/tidak boleh dilafaz. DAN JIKA SEDANG MAKAN/MINUM/BERCAKAP ETC PASTILAH TIDAK LAGI BOLEH DILAFAZ.

    4. Ganjaran pahala sekali lafaznya adala lebih besar dari 7 petala langit dan bumi disebut dalam hadis. Ia bersifat seperti viper kereta untuk mencuci segala noda/dosa di hati.

    5. Ia bertukar jadi "Duit" bila tiba di syurga kelak di mana ahli syurga dibahagikan kedudukan sama seperti di dunia mengikut kekayaan masing2 dan yang paling kaya di syurga itulah yang paling banyak lidahnya lafaz tahlil di dunia. Tirulah.

    B. ZIKIR KHOFFI - ALLAHU...ALLAHU.

    1. Manakala zikir dalam hati atau diam atau senyap atau bukan dengan lidah/tiada suara itu adalah Allahu, kerana sabit hadis yang menyebut hati mukmin itu Istana Allah(sebutan bersambungnya = Allahu).

    2. Ia disebut ZIKIR KHOFFI dan disebut juga "Solatu Daim"(solat yang berterusan/tiada stop bagi ruh) atau "Tawajjuh". Ia adalah zikir secara bersendiri/sorang-sorang.

    3. Zikir khoffi tiada pantang tempat amalanya dan wajib sentiasa dilafaz oleh hati mukmin walaupun sedang buang air dalam rumah iblis/tandas atau sedang makan/minum, jimak dll. Bahkan para ahli tasauf menganggap diri mereka KAFIR jika terlalai walau sesaat(terus taubat) dari menyebutnya.

    4. Ia boleh menyebabkan "Nasrominnallah" (pertolongan Allah) atau disebut karamah atau terjadi perkara di luar logik akal manusia/luar biasa, kepada pengamalnya seperti sentiasa turun hujan atau awan2 redup payunginya ke mana sahaja, ayam2 @ burung2 berkokok@berkicau riang dll.

    Harap maklum. Tq.

    Pewaris Ilmu Tok Kadok Kelantan/Bani Hasyim Kelantan.

    Arkib Pondok ANZ AlHasyimi Nusantara

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...